Followers

Saturday 1 March 2014

Lama dahhhh...

Alhamdulillah...

Dah masuk 7 bulan lebih kandungan isteri Abang Zai..
Tapi nak rasa panik tu takde la kan... Entah laa.. Patutnya bila dah nak jadi ayah pada si kecil ni, macam2 benda dah nak di prepare..



Insyaallah.. doktor kata baby lelaki.. Tapi tu la.. isteri Abang Zai kata nak scan lagi.. Nak konfem betul2.. Yela.. Takut tersalah beli barang.. Beli barang baby lelaki, yang keluar baby perempuan... Huhu..

Kalau diikutkan pandangan orang dan penelitian Abang Zai, memang baby lelaki la yang keluarkan. Insyaallah...

Gambar Ihsan angahfarah-jalinankasih.blogspot.com

Pastu, sekarang ni taktau la kat mana isteri Abang Zai nak bersalin nanti. Kat hospital kerajaan ke kat swasta.. Nak selesa dan doktor perempuan, hospital swasta la jawabnya.. Tapi belanja tu la kena hadap pulak.. Dengar kata RM3000 ke atas.. Hmm... Insyaallah Abang Zai boleh sediakan duit tu asalkan isteri Abang Zai selesa.



Target Abang Zai kat Klinik Mahsuri di Jitra nun.. Abang Zai dan isteri skang ni pulak tinggal di Sungai Petani. Kerja pulak kat Kuala Ketil. Jauh yang amat. Isteri Abang Zai kerja kat area Sungai Petani tapi jauh gak la tempat kerja dia. Tapi rumah yang kami tinggal ni memang dah dekat dengan hospital kerajaan. Cuma yang dok risaunya kalau nak minta doktor perempuan tak dapat. Bukan pe.. Dengar plak macam2 kejadian yang jadi kat orang yang nak bersalin ni.. Huhu.. Nauzubillah hi minzalik..

Insyaallah.. Isteri bersalin 17 Mei 2014 ni.. Kata doktor laa.. Nanti nak kena selalu buat check up..
Doakanlah Abang Zai dan isteri ye.. Amin...


Wednesday 20 February 2013

Monyet Berumput

Assalammualaikum....

Pada semua yang baca entri ni, sila jawab salam saya.... Nanti berdosa pulak sebab tak jawab...

Entri kali ni bukan la macam entri yang sesetengah tu yang memaparkan atau menceritakan tentang sesuatu yang pelik seperti seekor monyet yang bulunya adalah rumput. ^_^

Macam ni  ceritanya, balik je dari aktiviti petang di tempat kerja Abang Zai, memang dah diremind kepala otak Abang Zai untuk membeli hot glue gun atau pistol gam panas untuk kerja Abang Zai esok. 

Memang dah niat lama dah nak beli, siap dah tau kat mana nak beli sebab dah lama sangat dah survey

Sampai je kedai yang super murah tu, turun je dari Baby Z (125ZR), Abang Zai terus ke bahagian rak yang tergantungnya pistol gam tu. Dah pegang dah yang saiz kecil tapi macam berkualiti tu, tapi terpaksa letak balik sebab pelurunya yang saiz kecil tak ada stok... Huhuhu.... Terpaksa la ambil yang saiz lebih besar tapi yang kurang kualiti. Kalau ambil yang berkualiti, mahal la pulak. Lagipun, bukan nak pakai selalu.

Sedang bermundar-mandir sambil tangan memegang barang yang nak dibeli, (kut-kut ada barang lain rasa nak terbeli) Abang Zai terserempak dengan biras Abang Zai. (Waiseh,  aku dah kawen laaa.. Hehe..) Rupanya dia tak keseorangan, dia datang dengan isterinya merangkap kakak ipar Abang Zai yakni kakak kepada isteri Abang Zai..... (Hamboi... Seronok pulak nak mention yang aku dah kawen... Hehehe..)

Rupa-rupanya, diorang nak beli permainan untuk anak bongsu diorang. Katanya tak mau anak diorang bosan. Dibelinya juga untuk anak-anak diorang yang lain. Sayangnya diorang pada anak-anak mereka. (Huhu... Bila la pulak giliran aku nak merasa menimang cahaya mata.... Semuanya dengan izin Allah...)

Jadi cukuplah dengan bertegur sapa tadi, Abang Zai pun melencong ke rak yang lain sehinggalah mata Abang Zai tertarik dengan satu barang yang memang dari dulu menarik perhatian Abang Zai. 




Abang Zai memang tak tahu sangat nama benda ni, tapi kalau search dalam Google, benda ni disebut Grass Head (Kepala Rumput). Jadi, bila dah benda yang Abang Zai beli ni bentuk haiwan, maka ia dipanggil Grass Head Animal? Yang ada pun, bentuk monyet je. Tapi ada pelbagai jenis reaksi muka yang comel-comel.  Tanpa berlengah lagi, Abang Zai pun ambil satu yang menarik hati. Tapi itulah, bila dah beli tapi tak boleh nak buka dahulu sebelum beli. Bila dah sampai rumah, buka je kotak.... 

Hmmpphhh.... 


Tak semuanya sempurna bak kata orang.


Ada la kesan serpih sikit.... Bahagian matanya dah tergores sikit... Huhuhuhuuu..... Nasib baik murah je...

Tak nak fikir lagi dah, tanpa berlengah, Abang Zai ikut arahannya... Cara-cara menyediakan tanaman rumput...



Ada tiga benda dalam kotak tu, Pasu monyet, Benih rumput dan Serbuk kayu (bukan tanah).

1. Pasu monyet direndam terlebih dahulu. (tak tau berapa lama, tapi agak-agaknya dalam 15-30 minit  kut..).


2. Selepas keluarkan pasu dari takungan air, keringkan bahagian luar, masukkan serbuk kayu sehingga    hampir penuh.




3. Taburkan benih rumput biar serata.


4. Kemudian tambah sedikit lagi serbuk kayu sehingga penuh.


5. Akhir sekali, siramkan pasu atau benih rumput tadi dengan air. (Abang Zai guna spray kecil)




Arahan seterusnya, kalau ikutkan pada instruction kotak tu, jemurkan tengah matahari dan trim rumput yang tumbuh panjang.

Abang Zai tak tau berapa hari kena tunggu nak tengok rumput tu tumbuh. Dari research, Abang Zai terbaca yang rumput akan mula tumbuh dalam masa tiga hari...

Kalau macam tu Abang Zai nak ambil gambar setiap hari sehinggalah rumput tumbuh panjang dan buat video stop motion.. Orait tak? ; )

Last sekali Abang Zai nak cakap, sebenarnya Abang Zai ni memang minat pada tumbuhan. Tambah-tambah lagi yang unik, kecil dan senang cakap laa.. Yang berunsurkan bonsai. Lagi satu, kalau kita tanam pokok dalam rumah, ia memberikan manfaat pada kita. Sebabnya? Pokok-pokok ini kan menghasilkan oksigen. Jadi dengan membekalkan oksigen pada kita, badan kita akan terasa segar. Otak pun lebih cerdas.

Tak percaya? Jangan tak percaya... Perasan tak bila kita lalu bawah pokok atau rehat di bawah bayangan pokok, kita rasa nyaman, sejuk.... Itu datangnya daripada oksigen... 

Jikalau nak beriadah, carilah tempat-tempat yang berpokok. Kepada yang memandu kereta, bila nak lalu di kawasan yang memang berpokok rendang macam di Tasik Taiping tu.. Tutuplah aircond, bukalah tingkap... Sedut oksigen yang asli tu....

Cukuplah celoteh Abang Zai ni... 
Terima kasih sebab membaca entri ni..
Tinggalkanlah komen di bawah... Serta link blog korang.. 
Supaya Abang Zai boleh blog walking semula dan follow blog korang...

Sekian, wasalam..

PEACE!!



p/s: Abang Zai letak pasu monyet di atas meja bersebelahan dengan monitor PC Abang Zai...  Dapat la tengok rumput tumbuh setiap hari.. ^_^

Sunday 17 February 2013

Tahun Baru, Azam Baru

Assalammualaikum semua.

Kepada semua yang membaca blog Abang Zai sekarang nih, macam yang korang tahu, Abang Zai dah tukar blog yang baru. Blog pun tak siap lagi, kena cari tutorial nak buat semula jadi macam dulu-dulu. Jadi pada mana-mana yang mengikuti blog abang Zai selama ini, boleh la follow balik blog Abang Zai yang baru ni. Sebab blog yang lama Abang zai takkan update.


Untuk tahun baru 2013 ni, Abang Zai akan cuba untuk mula balik blog yang dah lama tertinggal, dan juga vlogging. Untuk kesempatan ini, Abang Zai juga sudah buat akaun Youtube yang baru dan korang boleh lihat ada beberapa video yang telah di upload.


Jangan lupa untuk tengok video di atas!! Hehehe..

Cukuplah untuk intro kali ni. Lain kali Abang Zai update plak ye? =)

Peace. Wasalam...

p/s: Memang dah lama sangat Abang Zai tak update blog. Rasa rindu sangat pada kawan2 yang lain.